Monday, July 30, 2018

BUKU KULIT BELAKANG




SATA SAALIMUN adalah nama pena SAAT SULAIMAN .Beliau adalah produk hasil didikan dan bimbingan MARA.Setelah tamat pengajian bahasa Arab di Universiti Islam Madinah,Arab Saudi,beliau menyambung pengajian di Uitm.


Bergelar Usahawan ,Penulis,Blogger dan Pendakwah sejak tahun 1995.

Laman web rasmi beliau ialah www.saatsulaiman.com 




                                           BUKU ini perlu dibaca kerana :

*Mencuci minda segelintir bangsa MELAYU yang masih miskin,mundur dan kolot.
*Memberi penerangan yang terang dan jelas mengenai MARA.
*Mendidik pembaca sayangkan bangsa,agama dan tanah air.
*Memberi ilmu pengetahuan berguna kepada pembaca.
*Melahirkan Melayu yang berkualiti,berwawasan dan cemerlang.
*Mendidik Melayu agar lebih bersyukur dengan kelahiran MARA.
*Memberi penjelasan berkaitan isu kontroversi .
*Mendidik Melayu agar sentiasa menghargai pemimpin yang melahirkan MARA.
*Menyatupadukan Melayu dalam semua perkara.
*Memperkasa Melayu dalam pelbagai bidang.
*Mengajak Melayu mempertahankan MARA .
* Memberi idea,pandangan,kemahiran yang perlu dimiliki bangsa Melayu.


            Anda pasti tidak rugi membaca buku ini ! 


Harga : RM199.99 



 Image result for Majlis Amanah Rakyat




PRAKATA MARA MEMAJUKAN MELAYU


                                       PRAKATA MARA MEMAJUKAN MELAYU



                           Dengan nama Allah,Maha Mengetahui lagi Amat Bijaksana.

  “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu

sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

  QURAN ,surah ke 13: ayat ke 11


  Ketika awal pagi yang salju,aku membaca ayat-ayat Tuhan dan tercetuslah

ilham menulis sebuah buku bertajuk “MARA PEMAJU MELAYU” .

  Menulis sebuah buku sepanjang 500 muka surat bukan perkara mudah .

Ditambah lagi buku ini perlu sarat dengan fakta dan ilmu pengetahuan yang

memberi faedah kepada pembaca.Jika masa boleh diputarkan kembali,aku

mahu bergelar pembaca sahaja,bukan penulis!Namun Tuhan telah kurniakan

bakat dan aku memikul amanah ini ......

  Bergelar usahawan MARA sejak tahun 2008 memang pengalaman amat manis.

MARA membantu banyak perkara seperti menyewakan premis,memberi bantuan

pinjaman perniagaan,kursus,tapak jualan dan banyak lagi.Tak mampu aku tulis

sumbangan MARA kepadaku dan keluarga.

  Namun amat menyedihkan ,masih terdapat Melayu yang tidak sedar dengan

kewujudan MARA.Malah ada yang mencerca dan mengeji MARA.Mereka tanpa

sedar telah menggigit tangan si pemberi .mereka tidak menghargai sumbangan



  -1 -


pemimpin Melayu yang gigih dan tekun melahirkan MARA.

  Lihatlah bangsa Red Indian di Amerika,di mana mereka adalah PERIBUMI

namun akhirnya bergelar pendatang ditanah air sendiri.Bangsa kulit putih

yang berhijrah akhirnya maju dan kaya meningggalkan Red Indian yang masih

percaya bomoh dan tangkal.

 
  Tiada yang sempurna dalam dunia ini,begitulah MARA.Namun kelahiran MARA

telah mengubah banyak perkara dan identiti Melayu.Melayu yang dulunya hanya tahu

bertani ,menjala,menoreh telah berjaya menghasilkan golongan profesional dan maju.

Siapa sangka,ayahnya seorang penoreh getah berjaya lahirkan doktor dan peguam.

Siapa menjangka,seorang ibu hanyalah menanam padi di sawah,akhirnya anak-anak

berjaya menjadi jurutera dan pakar matematik.

  Jika dibuang MARA dalam kamus sejarah negara,apakah Melayu sehebat dan

semaju hari ini ?Fikirkanlah .

  Inilah sumbangan aku kepada MARA yang telah banyak membantu dengan

menulis buku ini.Aku hadiahkan buku ini kepada MARA dan semua royalti buku ini

aku wakafkan kepada pihak beramanah membina rumah anak yatim,perpustakaan

dan sebagainya.Satu sen pun aku tidak ambil.Aku anggap penulisan ini sebagai

jariah buat bangsaku yang dulunya hina kini moden dan berjaya.

  Buat PERMATA HATIKU ,AMIRUL MU'MIN ,MAHATHIR , NUR AMIRAH AS SYAFIQAH,NUR AS SYAHIRAH ,NUR AS SAFA,NUR AS SHAFIAH dan AMIRUL ERFAN,maafkan Ayah kerna amat sedikit masa bersama kalian.Ayah amat cintakan dunia ilmu dan masa Ayah banyak dihabiskan di Kota Buku .

                                                                  -2-

  Jadilah kalian insan yang menghargai pengorbanan dan sumbangan orang

lain dan berusaha menjadi pemberi bukan penerima.

Buat Ibu Bapa,Al-Fatihah .

Membacalah sehingga tamat!

SATA SAALIMUN

( Man who look Dummy but not DUMB!)





 



ISI KANDUNGAN


 ISI KANDUNGAN

  Prakata

Jasa pengasas MARA

Bab 1 : Siapa pencetus ilham penubuhan MARA ?

Bab 2 : Jatuh bangun MARA.

Bab 3 : Dari ITM ke Uitm ...

Bab 4 : Dari pesawah melahirkan doktor.

Bab 5 : Melayu mudah lupa

Bab 6 : MARA dulu dan kini.

Bab 7 : Jangan jadi kacang lupakan kulit.

Bab 8 : Pengalaman bergelar Usahawan MARA.

Bab 9 : Sikap buruk MELAYU.

Bab 10 : Mengapa MELAKA bergelar kerajaan
maju,kaya,perkasa ketika internet dan kapal
terbang belum wujud???

Bab 11 : Kepentingan SEJARAH.

Bab 12 : Nasib Red Indian di AMERIKA
(Peribumi menjadi PENDATANG)

Bab 13 : Tanpa MARA,di manakah MELAYU?

Bab 14 : 100 sebab aku sayang MARA.

Bab 15 : Mengapa Melayu gagal bergelar usahawan?

Bab 16 : Cina tanpa MARA ( satu kajian sikap dan
cara hidup bangsa Cina di Malaysia )

Bab 17 : 100 idea dan cadangan memajukan MARA.

Bab 18 : Lokman dan Saza yang ku kenali.

Bab 19 : 100 tokoh produk MARA.

Bab 20 : Ke manakah MELAYU akhirnya ?

Penutup

Sumber Rujukan .

Bacaan Tambahan .

  Wawancara :

1.YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad,Perdana
Menteri Malaysia .

2.Datok Rosdi ( Pengarah MARA ,KL )

3.Datok Ahmad Maslan ( YB Pontian )

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.



BUKU AKAN DATANG : MARA PEMAJU MELAYU


DIJANGKA SIAP 31 DISEMBER 2025 MASEHI  DENGAN IZIN 

ALLAH SWT MAHA PERANCANG ..........